Monday, 11 February 2013
Chelsea tetap buang Lampard - SUKAN
TIADA tawaran kontrak baru buat pemain tengah Chelsea, Frank Lampard meskipun menjaringkan gol kemenangan England ke atas Brazil di Wembley, kelmarin.
Agen pemain itu Steve Kutner berkata, masa depan Lampard bersama The Blues masih samar berikutan tidak ada sebarang cubaan daripada kelab itu berbincang mengenai lanjutan kontrak yang tamat hujung musim ini.
“Keputusan pengurusan kelab masih sama. Mereka (Chelsea) masih kekal dengan keputusan itu,” jelasnya.
Keputusan itu mengundang rasa kurang senang penyokong Chelsea yang menyifatkan pemain berusia 34 tahun antara terbaik pernah dimiliki kelab berkenaan.
Lampard yang tampil sebagai pemain gantian pada aksi persahabatan antarabangsa itu bagaimana pun menegaskan beliau akan terus menyarung jersi England meskipun tidak bersama The Blues.
Beberapa kelab terkemuka antaranya Manchester United, Arsenal dan L.A. Galaxy dijangka berlumba mendapatkan khidmat pemain itu selepas saingan EPL musim ini berakhir.
Tags:
BOLA SEPAK, SUKAN, SUKAN LUAR NEGARA

Lampard muncul wira selepas meledak gol kemenangan England pada aksi persahabatan menentang Brazil di Wembley, baru-baru ini. |
Anda juga mungkin meminati untuk membaca...
HOT NEWS!
-
Terdapat 6 Kekosongan Jawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Terbuka Sepanjang Tahun 2013. Kementerian Kesihatan Malaysia mempel...
-
PETALING JAYA : Pelakon Almy Nadia membuat keputusan untuk mengunci mulut daripada memberi sebarang kenyataan berhubung pertunangan Fizz F...
Comments[ 0 ]
Post a Comment