Monday, 11 February 2013
Andik Vermansyah digelar 'Messi' Indonesia - SUKAN
DILAHIRKAN dalam keluarga susah cukup menyedihkan hati Andik Vermansyah. Niat awalnya mahu bermain bola ditentang hebat keras orang tuanya. Tetapi, dia tidak mudah putus asa demi mengejar cita-cita yang diinginkan sejak kecil.
Bermula menjual kuih secara kecil-kecilan demi membeli kasut bola idaman. Melihat kesungguhan Andik membuatkan keluarganya beralah dan membenarkan Andik menjadi pelatih SSB Suryanaga di Jember.

Andik Vermansyah |
Kecil bukan halangan
Biarpun hanya memiliki ketinggian 1.62 meter, Andik membuktikan ia bukan penghalang untuk berjaya dalam sukan bola sepak.
Menurut pemuda berasal Surabaya ini, dia menjalani latihan keras pada setiap hari bagi 'mempercepatkan' ketinggian.
Bukan itu sahaja, anak kepada pasangan Saman dan Jumiah itu menjadikan larian pantas sebagai aset merebut tempat dalam pasukan kebangsaan Indonesia.
"Pernah saya berlumba lari sehingga muntah. Saya berlari menaiki tangga dan juga di atas jambatan bagi menguji kelajuan," kata pemain berusia 21 tahun itu.

Disamakan Messi
Kepantasan, kelincahan dan kemampuan mengelecek bola di atas padang membuatkan Andik digelar Lionel Messi dari Surabaya.
Dia mengaku gembira disamakan seperti Messi tetapi pada masa sama menjadikan bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo sebagai idola.
"Saya tidak sehebat Messi yang menjadi penyerang handalan Barcelona dan Argentina. Saya senang dipanggil Messi, tapi antara kami memang jauh berbeza," katanya.
Andik menyatakan setiap kali beraksi, kalangan peminat di Indonesia menjerit ke arahnya dan memanggil ‘Messi... Messi... Messi’.
Saat manis di Piala AFF Suzuki 2012
Jaringan tunggal Andik ketika berdepan Singapura di Piala AFF Suzuki 2012 memastikan kemenangan bermaruah skuad Garuda.
Walaupun pasukan Indonesia gagal ke separuh akhir gara-gara tumpas di tangan Malaysia pada peringkat kumpulan, Andik puas apabila namanya mula dikenali seluruh negara serantau.
Malah, golnya itu merupakan jaringan pertama di arena antarabangsa dalam pasukan senior kebangsaan sejak mula mewakili Indonesia pada 2011.
Fikir masa depan
Menyedari jangka hayat sebagai pemain bola sepak tidak bertahan lama, Andik mula mengumpul wang sebagai persediaan pada masa hadapan. Dengan wang dikumpulkannya, dia berjaya membelikan rumah untuk orang tuanya sambil berazam menghantar ibu bapanya ke
Makkah mengerjakan ibadah haji.
Penggemar masakan tempe penyet ini mendedahkan hasratnya melanjutkan pendidikannya sehingga ke peringkat lebih tinggi.
"Jika ada rezeki, saya mahu bina rumah kos rendah di Surabaya.
"Saya selalu memikirkan masa depan kerana sedih melihat kesengsaraan ibu bapa yang penat mencari wang demi sesuap nasi," katanya.

Anda juga mungkin meminati untuk membaca...
HOT NEWS!
-
Terdapat 6 Kekosongan Jawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Terbuka Sepanjang Tahun 2013. Kementerian Kesihatan Malaysia mempel...
-
PETALING JAYA : Pelakon Almy Nadia membuat keputusan untuk mengunci mulut daripada memberi sebarang kenyataan berhubung pertunangan Fizz F...
Comments[ 0 ]
Post a Comment