Monday, 11 February 2013
Tasha Shilla Enggan Ulas Permohonan Maaf Neelofa
PETALING JAYA: Aktres Tasha Shilla enggan mengulas lanjut berhubung pengakuan terbaharu aktres Neelofa bahawa mereka akhirnya bermaafan pada minggu lalu sejak kes salah faham pada tahun lalu.
Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak, 26, berkata, dia tidak pernah menganggap hubungannya dengan Neelofa bermasalah walaupun timbul pelbagai spekulasi kononnya mereka bermasam muka sebelum ini.
“Saya tiada apa hendak komen kerana memang tidak pernah anggap ada masalah antara kami. Saya seorang yang profesional dan terbuka,” ulasnya ketika dihubungi mStar Onlinedi sini, petang Ahad.
Tasha berkata demikian sebagai respons kepada pengakuan Neelofa bahawa mereka bertembung buat pertama kali ketika siaran rancangan Wanita Hari Ini pada minggu lalu di TV3, sejak kes salah faham sebelum ini.
Ujar Neelofa, dalam pertemuan singkat itu, mereka sempat berbual dan dia memohon maaf kepada Tasha atas komen yang diberikan berhubung kejayaan aktres itu sebagai Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH) menerusi sebuah akhbar mingguan.
Ditanya mengenai hal itu, Tasha berkata, dia mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut kerana enggan kes itu berlanjutan.
Anda juga mungkin meminati untuk membaca...
HOT NEWS!
-
Terdapat 6 Kekosongan Jawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Terbuka Sepanjang Tahun 2013. Kementerian Kesihatan Malaysia mempel...
-
PETALING JAYA : Pelakon Almy Nadia membuat keputusan untuk mengunci mulut daripada memberi sebarang kenyataan berhubung pertunangan Fizz F...
Comments[ 0 ]
Post a Comment