Home
» BERITA POLITIK
» BERITA SEMASA
» POLITIK
» Najib Makan Nasi Kandar Di Restoran Nasi Kandar Beratur
Home
» BERITA POLITIK
» BERITA SEMASA
» POLITIK
» Najib Makan Nasi Kandar Di Restoran Nasi Kandar Beratur
Monday, 11 February 2013
Najib Makan Nasi Kandar Di Restoran Nasi Kandar Beratur
GEORGE TOWN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa menjamu selera menikmati menu nasi kandar yang popular di negeri ini iaitu Nasi Kandar Beratur di Jalan Kapitan Kling dalam rangka lawatan kerja dua harinya ke negeri ini.
Beliau yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan dua orang anaknyaiaitu Nooryana Najwa dan tunangnya Daniar Nazarbayev serta Ashman Razak, menjamuselera selama 40 minit.
Mereka dihidangkan dengan pelbagai makanan antaranya ayam goreng, telur masin, kari ikan, sambal sotong dan sayur bendi.
Perdana menteri dan keluarganya kelihatan teruja menikmati hidangan itu memandangkan beliau sememangnya merancang untuk menikmati kelazatan nasi kandarPulau Pinang.
"Alhamdulillah...hajat saya tercapai, dapat makan nasi kandar. Nasi ini memang sedap, original...tapi kena makan di kedai baru puas, nak bawa balik hotel tak boleh," katanya kepada pemberita selepas selesai menjamu selera di restoran Nasi Kandar Beratur di sini malam Ahad. -- BERNAMA
Anda juga mungkin meminati untuk membaca...
HOT NEWS!
-
Terdapat 6 Kekosongan Jawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Terbuka Sepanjang Tahun 2013. Kementerian Kesihatan Malaysia mempel...
-
PETALING JAYA : Pelakon Almy Nadia membuat keputusan untuk mengunci mulut daripada memberi sebarang kenyataan berhubung pertunangan Fizz F...
Comments[ 0 ]
Post a Comment