Monday, 11 February 2013
Suzuka diperkenalkan dalam kalendar ARRC 2013
LITAR Antarabangsa Suzuka bakal diperkenalkan dalam kalendar perlumbaan penganjur Kejuaraan Motosikal Asia Petronas (ARRC) 2013, sekaligus menjadi litar Jepun kedua memainkan peranan selaku hos ARRC selain Litar Autopolis yang terletak di Wilayah Oita.
Bermula di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 18 hingga 21 April diikuti Litar Sentul di Indonesia (16 hingga 19 Mei) dan Litar Antarabangsa Madras di India (11 hingga 14 Julai), Litar Suzuka bakal menjadi venue Pusingan 4 dari 29 Ogos hingga 1 September sebelum beralih ke Litar Autopolis pada minggu berikutnya (4 hingga 8 September).
Sementara itu, Litar Antarabangsa Losail, Qatar kekal sebagai tuan rumah saingan penutup musim yang dijadual berlangsung pada 20 hingga 23 November.
“Litar ini merupakan antara terbaik di dunia, dan begitu mencabar. Sesuatu yang sangat menarik apabila dapat melihat saingan SuperSports 600cc, Underbone 115cc dan Piala Impian Asia dapat dilangsungkan di sini.
“Kami percaya semua pasukan dan pelumba cukup teruja dapat beraksi di Suzuka. Sama seperti di Autopolis, suasana di sini cukup meriah dan begitu ramai peminat.
“ Ini adalah peluang promosi yang cukup baik bagi Kejuaraan dan rakan-rakan penaja dengan kehadiran pelumba-pelumba hebat di padok ARRC, ,” kata Ron Hogg, Pengarah Promosi Two Wheels Motor Racing, promoter acara ARRC.
Tags:
PERMOTORAN, SPORTS, SUKAN

Anda juga mungkin meminati untuk membaca...
HOT NEWS!
-
Terdapat 6 Kekosongan Jawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Terbuka Sepanjang Tahun 2013. Kementerian Kesihatan Malaysia mempel...
-
PETALING JAYA : Pelakon Almy Nadia membuat keputusan untuk mengunci mulut daripada memberi sebarang kenyataan berhubung pertunangan Fizz F...
Comments[ 0 ]
Post a Comment