Home
» BERITA ARTIS
» GOSIP ARTIS
» HIBURAN
» POLITIK
» Apakah rasa terpinggir punca artis sertai pembangkang? - BERITA ARTIS

Monday, 11 February 2013
Apakah rasa terpinggir punca artis sertai pembangkang? - BERITA ARTIS
NASIB artis mahupun seluruh penggiat seni tidak terbela bukanlah perkara baru dalam industri ini. Sudah tak terkira juga diskusi dan perbincangan diadakan bagi mengutarakan hak-hak penggiat seni.
Namun sehingga kini, nasib golongan ini masih di tahap yang sama meskipun berada di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK),
Merasakan diri terus dipinggirkan, maka tidak hairanlah ramai di kalangan artis mula menyertai parti pembangkang.
Bagaimanapun, pertemuan khas Badan Bukan Kerajaan (NGO), dalam satu sesi dialog bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Ahmad Maslan, baru-baru ini diharap memberi nafas baru kepada seluruh penggiat seni tanah air.
Barisan NGO yang terdiri daripada Persatuan Seniman, Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Persatuan Penyanyi Penyanyi Tanah Air (Papita), Persatuan Hak Artis Malaysia (Karma), Persatuan Profesional Pekerja Filem Malaysia (Profima) dan Persatuan Penulisan Skrin Malaysia (Swam), berpeluang menyuarakan permohonan, cadangan dan tuntutan bagi kebajikan golongan seni.
Dalam pertemuan itu, beberapa permohonan telah diutarakan termasuk, tuntutan janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk menyalurkan RM30,000 setahun kepada setiap persatuan di bawah naungan Gafim, program perumahan rakyat, tuntutan royalti, hak cipta, harta intelek dan pengaruh artis dalam parti pembangkang.
Perbincangan yang mengambil masa hampir dua jam itu berakhir dengan penuh pengharapan daripada wakil NGO agar tuntutan dan permohonan mereka mendapat perhatian pimpinan tertinggi kerajaan.
Ikuti temu bual ringkas Sinar Harian bersama Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan Umno, dalam membela nasib penggiat seni tanah air.
Berikut adalah artikel yang diambil dari Sinar Harian>
SINAR HARIAN: Secara keseluruhan, boleh Datuk kongsikan inti pati pertemuan bersama NGO dari industri seni ini?
AHMAD MASLAN: Ini adalah kali pertama saya mendengar keluhan dan permasalahan mereka. Beberapa permohonan, cadangan dan tuntutan yang disuarakan perlu diambil tindakan segera.
Saya akan meneliti dan mengkaji perkara itu bersama beberapa pegawai dan membawanya terus kepada Perdana Menteri (PM) secepat mungkin. Kami akan membuat dua atau tiga salinan untuk dikemukakan kepada PM dan juga kementerian. Mungkin saya perlu menyusun satu sesi 'hi tea' bersama PM untuk berbincang lebih lanjut mengenai perkara ini.
SINAR HARIAN: Dalam beberapa usul, apakah perkara yang perlu diberi keutamaan?
AHMAD MASLAN: Semua perkara yang diusulkan itu amat menarik dan perlu perhatian daripada pihak berkenaan. Namun, tidak semua yang diutarakan akan kita penuhi. Ia bergantung kepada kewajaran dan keputusan PM.
Berkenaan janji PM untuk menyalurkan RM30,000 setahun untuk setiap persatuan, saya yakin, ia akan dipenuhi. Mungkin PM lupa akan perkara itu dan pegawai yang ditugaskan pula tidak mengingatkannya. Beberapa perkara lain akan dipertimbangkan sewajarnya.
SINAR HARIAN: Bukankah segala usul dan permasalahan ini menjadi tanggungjawab KPKK?
AHMAD MASLAN: Saya mengadakan pertemuan ini untuk mendengar masalah mereka (anak seni). Namun, tak terlintas pula mahu mengambil tugas pihak lain. Jangan salah anggap mengenai perkara ini. Sebagai Menteri di JPM, saya hanya bertindak untuk mendengar permasalahan dan bukan hanya dalam bidang industri seni sahaja. Seperti sebelum ini, saya mengadakan pertemuan dengan beberapa NGO dari bidang yang berbeza.
Saya ibaratkan diri saya hanyalah 'postman'. Anda suarakan permohonan, saya akan hantar kepada PM. Saya berterima kasih kepada NGO yang hadir kerana memberikan maklum balas yang baik dan saya akan jadi 'jambatan' anda untuk menyuarakan perkara ini.
SINAR HARIAN: Mengenai kebanjiran artis luar di negara kita, ia menunjukkan ada unsur 'double standard'. Hal ini dapat dibuktikan dengan kedatangan penyanyi Korea, Psy, yang menerima bayaran sehingga RM2 Juta...
AHMAD MASLAN: Bagi saya, artis tempatan masih 'priority one'. Walau macam mana hebat sekalipun artis luar, kita tetap mengutamakan artis tempatan. Tiada istilah 'double standard' pada artis kita kerana bakat dan kebolehan mereka juga mampu menandingi artis luar.
SINAR HARIAN: Bagaimana pula dengan pendapat segelintir pihak, bahawa kerajaan sering meminggirkan nasib golongan seni?
AHMAD MASLAN: Sebenarnya saya kurang arif dalam masalah industri. Sebab itulah saya mengadakan sesi dialog ini untuk mendengar masalah yang berbangkit. Dari sini akan akan cuba membantu dengan menyampaikan usul dan masalah berbangkit kepada PM. Tentang kerajaan pinggirkan nasib golongan seni itu tidak benar. Sehingga kini kami cuba buat yang terbaik untuk semua golongan rakyat.
SINAR HARIAN: Mungkin kerana rasa dipinggirkan ada segelintir artis menyertai parti pembangkang. Apa pandangan Datuk?
AHMAD MASLAN: Artis terdiri daripada kelompok individu istimewa dan berpengaruh. Mereka istimewa kerana dikurniakan bakat dan kebolehan yang tidak semuanya orang lain ada.
Apa sahaja yang mereka lakukan mendapat perhatian daripada masyarakat kerana mereka mempunyai pengaruh yang besar. Mereka juga boleh diklasifikasikan dalam kategori Kumpulan Berpengaruh (KBP).
Namun, saya ingatkan, jangan silap dalam memilih kerana jentera pembangkang akan gunakan pelbagai cara untuk menarik golongan ini untuk menyertai mereka. Saya akui, walaupun kami mempunyai kelemahan, namun ia akan cuba diperbaiki untuk kesejahteraan rakyat.
SINAR HARIAN: Sejauh manakah segala usul dan tuntutan ini akan berjaya direalisasikan kerajaan?
AHMAD MASLAN: Beberapa tuntutan ini akan saya kemukakan pada PM. Saya akan buat yang terbaik untuk membantu penggiat seni. Tapi tak semua yang dituntut akan dapat direalisasikan. Kita akan dahulukan yang lebih penting. Tapi tak bermakna yang lain kita akan tolak begitu saja. Biasanya kita akan kaji dulu atau usulkan dengan cadangan lain.
Tags:
BERITA ARTIS, GOSIP ARTIS, HIBURAN, POLITIK

Ahmad (duduk dua, kiri) bergambar bersama penggiat seni tanah air. |

Anda juga mungkin meminati untuk membaca...
HOT NEWS!
-
Terdapat 6 Kekosongan Jawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Terbuka Sepanjang Tahun 2013. Kementerian Kesihatan Malaysia mempel...
-
PETALING JAYA : Pelakon Almy Nadia membuat keputusan untuk mengunci mulut daripada memberi sebarang kenyataan berhubung pertunangan Fizz F...
Comments[ 0 ]
Post a Comment