Sunday, 10 February 2013
RAIKKONEN merekodkan masa terpantas
Bagaimanapun, Felipe Massa daripada Ferrari kekal sebagai pemandu tunggal yang mencatat masa kurang daripada satu minit 18 saat sepanjang minggu ini.
Raikkonen, juara dunia 2007, mencatat masa satu minit 18.148s selepas melengkapkan 83 pusingan manakala pemandu uji Force India, Jules Bianchi yang teruja untuk menjadi pemandu sepenuh masa musim ini, berada di tempat kedua dengan catatan masa 1:18.175s
Juara dunia tiga kali, Sebastian Vettel yang memandu jentera Red Bull Racing berada di tempat ketiga terpantas (1:18.565s) selepas melengkapkan 96 pusi- ngan.
Raikkonen dan Bianchi turut menerima penghormatan apabila masing-masing mencatat masa kedua dan ketiga terpantas sepanjang minggu ini meskipun gagal mengatasi catatan masa yang dilakukan Massa (1:17.879s).
RAIKKONEN merekodkan masa terpantas |
"Kami meneruskan tugas kami sejak dari Khamis lalu dan melakukan beberapa kemajuan yang baik," kata Raikkonen yang berhasrat untuk melakukan aksi lebih baik pada sesi ujian pramusim kedua di Barcelona, 19 Februari ini.
"Kami berada di kedudukan teratas tetapi ia tidak memberi apa-apa makna pada sesi ujian. Fokus utama kami adalah untuk menguji peralatan dan jentera tetapi saya berjaya memperbaiki kelemahan saya.
"Sudah tentu kami berjaya melakukan sesuatu di sini dan ia antara sebab utama kami berada di sini. Jentera dalam keadaan terbaik dan kami memperoleh idea yang baik untuk memperbaiki kekurangan. Tunggu dan lihat keputusan di Barcelona."
Hari terakhir sesi ujian pramusim kelmarin terpaksa dilanjutkan selama 30 minit untuk memperbaiki permukaan litar yang berlubang di Litar Jerez.
Sementara itu, Vettel yang memandu sebanyak 96 pusingan berkata, dia terkejut dengan kemampuan jentera dipandunya.
"Saya rasa, bagi keseluruhan pasukan ia merupakan satu ujian yang baik dan pantas," kata pemandu Jerman itu.
"Tidak ada masalah dengan kemampuan jentera dan kami berjaya melakukan banyak pusingan. Jadi, saya cukup gembira dengan keputusan ini.
"Saya berasa lebih baik berbanding tahun lalu. Kami
Anda juga mungkin meminati untuk membaca...
HOT NEWS!
-
Terdapat 6 Kekosongan Jawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Terbuka Sepanjang Tahun 2013. Kementerian Kesihatan Malaysia mempel...
-
PETALING JAYA : Pelakon Almy Nadia membuat keputusan untuk mengunci mulut daripada memberi sebarang kenyataan berhubung pertunangan Fizz F...
Comments[ 0 ]
Post a Comment