Sunday, 10 February 2013
Majlis Permuafakatan Mahasiswa Pekan ikrar sokong Najib
PEKAN - Majlis Permuafakatan Mahasiswa Pekan (MP2) hari ini mengikrarkan sokongan padu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya terus menerajui pentadbiran negara.
Pengerusinya, Mohd Fakhruddin Mohd Ariff berkata, mahasiswa sepatutnya bersyukur kepada kerajaan yang selama ini telah menyediakan pelbagai kemudahan pendidikan.
Sehubungan itu katanya, MP2 menolak sekeras-kerasnya cadangan kumpulan Gerakan Mahasiswa PRU13 yang mahu bertanding mencabar Najib di Parlimen Pekan dalam pilihan raya umum akan datang.
"Kita menganggap itu hanyalah publisiti murahan yang dicari mereka bagi mendatangkan masalah kepada Perdana Menteri," katanya kepada pemberita di majlis ramah mesra MP2 yang dirasmikan Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Poad Jelani di sini, hari ini.
Pada 7 Februari lepas, Gerakan Mahasiswa PRU13 yang diketuai Syis Abdul Kadir mengumumkan akan menurunkan calon bertanding di Parlimen Pekan dalam pilihan raya umum akan datang.
Sementara itu, ketua penyelaras MP2, Norzi Hashim Nadzi menyeru semua mahasiswa di seluruh negara terutamanya di Pekan supaya bergabung dalam menyokong Najib sekali gus mempertahankan Pekan daripada Gerakan Mahasiswa PRU13 yang dilihat bermotifkan politik tidak sihat.
"Saya lihat bahawa gerakan itu propembangkang yang mahu mencemar dan mencabar kredibiliti Perdana Menteri di mana cadangan mereka mahu bertanding di Pekan jelas menunjukkan mereka mahu menjatuhkan Perdana Menteri supaya boleh mengganggu-gugat negara," katanya. - Bernama
Tags:
BERITA POLITIK, POLITIK, PRU13
Pengerusinya, Mohd Fakhruddin Mohd Ariff berkata, mahasiswa sepatutnya bersyukur kepada kerajaan yang selama ini telah menyediakan pelbagai kemudahan pendidikan.
Sehubungan itu katanya, MP2 menolak sekeras-kerasnya cadangan kumpulan Gerakan Mahasiswa PRU13 yang mahu bertanding mencabar Najib di Parlimen Pekan dalam pilihan raya umum akan datang.
"Kita menganggap itu hanyalah publisiti murahan yang dicari mereka bagi mendatangkan masalah kepada Perdana Menteri," katanya kepada pemberita di majlis ramah mesra MP2 yang dirasmikan Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Poad Jelani di sini, hari ini.
Dato' Seri Najib Tun Razak |
Sementara itu, ketua penyelaras MP2, Norzi Hashim Nadzi menyeru semua mahasiswa di seluruh negara terutamanya di Pekan supaya bergabung dalam menyokong Najib sekali gus mempertahankan Pekan daripada Gerakan Mahasiswa PRU13 yang dilihat bermotifkan politik tidak sihat.
"Saya lihat bahawa gerakan itu propembangkang yang mahu mencemar dan mencabar kredibiliti Perdana Menteri di mana cadangan mereka mahu bertanding di Pekan jelas menunjukkan mereka mahu menjatuhkan Perdana Menteri supaya boleh mengganggu-gugat negara," katanya. - Bernama
Anda juga mungkin meminati untuk membaca...
HOT NEWS!
-
Terdapat 6 Kekosongan Jawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Terbuka Sepanjang Tahun 2013. Kementerian Kesihatan Malaysia mempel...
-
PETALING JAYA : Pelakon Almy Nadia membuat keputusan untuk mengunci mulut daripada memberi sebarang kenyataan berhubung pertunangan Fizz F...
Comments[ 0 ]
Post a Comment