Home
» BADMINTON
» GOSIP SELEBRITI
» SPORTS
» SUKAN
» Kehidupan Chong Wei selepas bergelar suami - Gosip Selebriti

Monday 11 February 2013
Kehidupan Chong Wei selepas bergelar suami - Gosip Selebriti
SAMBUTAN Tahun Baru Cina tahun ini lebih bermakna buat pasangan hero dan heroin badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan isteri tercinta Datin Wong Mew Choo yang bakal menimang cahaya mata dijangka Mei depan.
Bagi Chong Wei, sambutan kali ini pasti berbeza. Jika sebelum ini, bergelar seorang jaguh bujang dan mengabdikan diri di gelanggang bulu tangkis dan hanya pulang ke Pulau Pinang menyambut hari kebesaran bersama keluarga.
Kini segalanya berubah. Mew Choo kini bukan sahaja membantu menguruskan perniagaan suaminya tetapi mengambil alih tanggungjawab menguruskan kehidupan peribadi pemain perseorangan badminton nombor satu dunia itu.
Menyambut perayaan pada 10 dan 11 Februari lalu dan buat pertama kalinya bergelar suami dan bakal bapa, Chong Wei berasa begitu teruja.
“Sambutan kali ini tidak jauh berbeza seperti tahun-tahun sebelum ini, cuma yang paling ketara tahun ini saya yang memberi angpau.
“Kali ini seluruh keluarga saya berkumpul di sini dan hari pertama kami akan berada di rumah keluarga Mew Choo di Kuala Lumpur,” katanya.

Chong Wei bersama isteri tercinta |
Teruja sebagai bapa
Sebagai seorang pemain badminton Chong Wei memang tidak dapat lari dari jadual latihan dan pertandingan yang padat.
“Walaupun bercuti lima hari, tetapi hari ketiga saya akan memulakan latihan secara sendiri, memandangkan kejohanan Seluruh England hanya tinggal tiga minggu sahaja lagi selepas Tahun Baru Cina.
“Ia bukan satu tempoh yang panjang, jadi amat penting untuk saya memastikan keadaan diri sentiasa cergas.
“Lagi pun, makin lama cuti, makin banyak makan. Bila asyik makan sahaja badan boleh jadi gemuk, jadi susah bila mahu mulakan latihan semula,” katanya berseloroh.
Bakal bergelar ayah, Chong Wei nyata tidak mampu menyembunyikan kegembiraan yang bakal menanti. Baginya, kesibukan di gelanggang dan jadual pertandingan yang padat memerlukan pengorbanan yang begitu tinggi.
“Kesian dengan Mew Choo selalu kena tinggal. Tetapi syukur dia sangat memahami kerjaya saya kerana dia juga seorang bekas atlet sebelum ini.
“Bila saya ke pertandingan luar atau jalani latihan, mak, abang dan keluarga saya yang lain selalu temankan Mew Choo, jadi tidak perlu risau sangat,” katanya.

Ingin menjaga isteri bersalin
Bercerita mengenai keadaan isterinya yang mengandung lima bulan, Chong Wei akui, Mew Choo banyak makan.
“Mengidam? Itu biasalah. Setakat ini, keadaan Mew Choo amat baik dan tiada masalah, cuma dia memang kuat makan.
“Tapi bagi saya tiada masalah kerana saya sendiri banyak menghabiskan masa di rumah bersama Mew Choo jika tiada latihan atau pertandingan luar,” katanya.

Chong Wei bagaimanapun belum memutuskan hospital mana untuk Mew Choo bersalin, tetapi menyerahkan kepada bakal ibu itu membuat pilihan.
“Mew Choo dijangka bersalin sebelum bermulanya Piala Sudirman Mei ini. Dan saya sudah mengambil keputusan untuk berhenti seketika dari sebarang kejohanan ketika itu untuk menjaga Mew Choo,” katanya.
Pada masa sama Chong Wei turut mengurangkan jumlah pertandingan yang bakal disertai dan hanya memilih yang terbaik.

Anda juga mungkin meminati untuk membaca...
HOT NEWS!
-
Terdapat 6 Kekosongan Jawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Terbuka Sepanjang Tahun 2013. Kementerian Kesihatan Malaysia mempel...
-
PETALING JAYA : Pelakon Almy Nadia membuat keputusan untuk mengunci mulut daripada memberi sebarang kenyataan berhubung pertunangan Fizz F...
Comments[ 0 ]
Post a Comment